
Saat kau pergi.
Dingin subuh,terasa sejuknya embun yang membasahi bumi. Setiap hembusan angin, membawa aku kesetiap kisah. Cerita duka, kisah cinta hingga air mata membasahi pipi. Sayu menyurami sudut-sudut dihati. ‘hidup ini indah jika kita sentiasa positif.’ Bagaimana nak positif? Senang sahaja SENYUM.
Aku kembali menulis. Setelah lama tidak menulis. Hatiku kembali sedih. Kembali berdarah. Aku sangka dewasa akan mebawa aku ke arah yang lebih sempurna. Tapi ternyata indah khabar dari rupa. Sesungguhnya aku rindu zaman sekolahku. Aku rindu teman-temanku. Aku rindu cinta pertamaku.
Saat ombak membelah pantai, saat itu aku dibawa kesuatu tempat. Jauh dihujung aku terpana melihat diriku sebagai watak utama dalam cerita. Si dia hanya berdiri dihadapanku. Aku hanya mampu melihat matanya yang selama ini menjadi igauanku. Terlihat linangan air mata yang jatuh kepipi.
“ saya lakukan ini untuk kebaikan kita juga.”
Bertambah deras air mata ini mengalir. Aku tidak sanggup meneruskannya lalu aku mengambil langkah seribu untuk keluar dari babak ini. Aku berlari dan terus belari. Tanpa aku sedari, aku sebenarnya hanya berada dalam hanyalan mindaku.
Tanganku kau genggam erat. Aku sambut genggaman itu. Aku tidak sanggup meninggalkan engkau. Aku tidak sanggup kehilangan dirimu. Saat itu, kenangan bersamamu bermain difikiran.
Abang Amy memulakan bicara, “ok. Kita nak letak nama group kita ape nie? Umm nama khalifah islam ok gak, sempena bulan ramadhan.”
“abang nak buat kerje sikit. Korang bincanglah.” Lantas abang Amy pergi meninggalkan kami berlima.
Suasana menjadi sepi, masing2 saling berpandangan. Lalu aku bersuara,”Abu Bakar Assidiq. Amacam?”
“apasal pulak? Othman lah.”
“suka hatilah. Siapa setuju Abu Bakar. Aku pilih abu Bakar ni sebab die yang paling tegas dalam kalangan para khalifah,” Tegasku membantah kata-kata si dia. Dialah Shahrulnizam Othman. Kali pertama aku melihatnya ibarat ada satu cahaya yang terarah kepadanya. Ketika itu, aku baru tiba di Kem Lambaian Ramadhan anjuran satu badan kemasyarakatan yang membantu keluarga susah yang anak yatim. Aku bukan tergolong daripada kumpulan itu tetapi aku memang suka pergi kem. Ada sahaja peluang tidak pernah aku lepaskan. Saat aku melangkah, aku tidak berkelip mata melihat cahaya itu. ‘Dia? Kenapa cahaya ada disekeliling dia?’
Itu yang bermain difikiranku. Tamat sesi taklimat aku bergerak ke bilik. Aku terpilih menjadi penghuluwati. Sepanjang petang, aku terus memikirkan hal cahaya yang menyuluh ke arah dia.
“ Othman pun bagus apa? Dia yang paling lembut. Dia banyak menhapus nabi-nabi palsu masa zaman khalifah. Malah dia yang banyak membantu nabi,”bidas dia mahukan kemenanggan. Lalu aku bertengkar dengannya perihal itu. Tanpa disedari kami diperhatikan oleh Abang Amy, lalu abang memutuskan cadanagn aku menang dengan kemenangan 3-2. gembiranya hatiku dapat bergaduh dengan dia. Kelakar bila diingat semula.
Pertemuan pertama semasa aku mengangkat barang kebilik. Waktu selepas berbuka. Keadaan sekeliling agak kelam. Aku rabun ayam. Berjalan pelahan seperti siput babi.Tiba-tiba aku ditegur dengan sidiran,” alah perempuan memang macam tu. Lembab mengada-ngada.”
Tiba-tiba aku yang panas lalu membalas,” agak-agak abang bila nak cakap beringat sikit, ada pulak yang lebam bijik mata,” lantas aku memusingkan badan menggadap mereka dibelakangku. Alangkah terkejutku melihat si dia di belakang. Seperti lipas kudung aku berlari ke bilik. ‘malunya!’ hati aku meraung.
Kemuncak kem biasanya akan dijalankan malam kebudayaan. Aku selaku ketua kumpulan ditugaskan mencabut undi dan kami dikehendaki mengadakan fesyen ‘show’. Aku hanya terpinga apabila tugasan itu diberikan. Sewaktu aktiviti riadah berjalan, kami telah berbincang tentang pertujukan malam ini. Idea Abang Amy sememangnya gila. Aku tidak menyangkakan Abang amy akan mengandingkan aku dengan shahrul. Hati aku bersorak kegirangan. Tetapi aku menyembunyikanya dengan lagak mengelikan bergandingan dengan dia. Itupun dia yang mulakan bantahan tentang gandingan itu. Haha..
“ Tapi kenapa.? Saya ada buat salah ke? Kalau saya salah tolong maafkan. Jangan buat macam ni Shahrul. Awak ada masalah ke? Saya ni awek awak. Cube ceritakan pada saya. Sekurangnya saya faham kenapa awak ambil keputusan ni. Saya tahu kita masih muda untuk serius. Tapi saya yakin kita boleh kekal. Awak kenapa? Tolonglah beritahu saya? Sekurang-kuarangnya saya tahu.” Aku cuba memujuk dia untuk meneruskan ikatan yang terbina setelah 2 tahun aku menjadi kenalan rapatnya atau lebih mudah difahami pasangannya,’couple’
“ tidak ada apa2 pun. Say Cuma dapat rasakan yang kita tidak akan kekal. Saya dapat rasakan awak akan kecewa dengan saya.”
“ jangan mengarut boleh tidak! Saya takkisah awak ambil jurusan nursering tu. Kerja yang mulia kot. Malah saya bangga dapat pakwe macam awak sanggup jadi nurse. Saya dapat rasakan ada sesuatu yang awak sembunyikan dari saya. Tolonglah Shahrul, beritahu saya.”rayuku.
“sejak bila awak tidak memahami saya, Zulaikha!”
Lantas Shahrul meninggalkanku keseorangan disitu. Aku hanya memandang ke langit. Apa yang kelihatan di langit hanyalah wajahnya dan memori tentangnya. Deru angin seolah suaranya. Ombak membawaku kembali ke memori tentangnya.
“awak esok saya masuk sekolah teknik.” Dia amat terkejut apabila aku memberitahunya tentang itu. Dia bersekolah di Sekolah Teknik Melaka. Dia berasa hampa kerana saya tidak memberitahu dia tentang itu terlebih awal kerana diberharap ingin menolong aku masuk ke sekolahnya. Tetapi hajat dia tidak kesampaian.
“ sorry. Saya memang nak bagi tahu awal2. dah awak yang tak balas mesej.”
“saya takda kredit. Awak sengaja kan taknak sekolah dengan saya.”
“mana ada. Saya dah pergi sekolah awak. Tapi saya tidak diterima. Saya tak pandai macam awak.” Pujukku.
“ alah kawan saya pun dapat 2 A gak. Boleh je masuk. Sampai hati awak taknak bagtahu saya yang awak nak sekolah kat sekolah teknik. Ngajuk r. dah balik sendiri”
“peh nak tinggal kan saya. Wak mara macam jauh je yang saya nak pergi ni. Melaka gak lah. Sepak kang. Sengaja nak suruh owang pujukla tuh. Nak kene ni?” lalu aku dah dia saling kejar mengejar dipersisiran pantai.
“Shahrul. Nak tanya sikit boleh?” kami duduk berpalingan saling bersandar belakang diatas bangku batu di tepi pantai. “ nak tanya apa.?”
“ummm. Kenapa awak tak pernah pengang tangan saya.?”
“sebabnya saya ada adik perempuan. Saya taknak buat yang tak elok kat awak,Zulaikha. Saya takut adik saya nanti orang akan buat yang sama macam saya buat kat awak.” Ulas dia, yang membuatkan saya yakin dialah lelaki yang boleh saya cintai dah sayangi.
“Shahrul.” Panggilku manja.
“nak apa lagi sayang?” buat aku terbang kelangit.
“agaknya kita akan kekal atau tidak,” dia menoleh. Kami bertentangan. Lantas kami memandang laut yang tenang. Serentak bersuara, ” kalau jodoh.?!”
Berderai tawa kami berdua. Aku rasa bahagia sangat. Aku juga rasa dia begitu. Walaupun tidak pernah diucapkan. Tetapi yang pasti matanya berkata-kata. Kami jarang bercakap. Tetapi mampu berinteraksi melalui mata. Aneh sungguh. Cinta itu magis.
Aku melangkah kaki untuk pulang. Setiap langkahku rasakan berat. Setiap langkah kurasakan mengundur. Setiap langkah kurasakan, kenangan aku dan dia disini. Di pantai ini. Pernah juga die buat aku cemburu. Itu semua pakcik dia punya angkara. Cumburu gilalah. Masalahnya perempuan tu cantik bangat. Aku yang cemburu terus beredar dengan harapan dia akan kejar memujukku. Haram. Kene jalan kaki, jauh tu. Tetapi lepas tu dia dah tidak berani nak bawa perempuan lain kecuali adik dia.
Terimbas kembali, saat mata aku berpaut dimatanya. Bulat berkaca. Mata itu berkata-kata. Lantas dia menolong aku membuka benda-benda yang serabut membalutiku. Ini gara-gara Abang Amy dan kawan-kawannya. Fesyen show orang gila. Tetapi tanpa Abang Amy mungkin aku tidak dapat memandang mata itu.seolah berkata-kata. Seolah-olah membawa aku ketempat yang indah. Lamulan terhenti apabila Abang Amy memeranjatkan kami. Romantik sangat malam tu. Daripada awal bergaduh, tiba2 dia. Argh gila aku bila ingat kisah itu.
“bodohnya kenapa tak minta no dia.!” Sesal diriku.
‘hai chat. Kenal x sape ni?’
‘Sape ni tibe2 je gile eh.?’
‘alah kita kan 1 company dulu. Sejab jerk dah lupe’
‘Bile mase aku buka syarikat. Ko sape? Nak ape?’
‘Oit garangnya. Ok2. nie Shahrul lah.’
‘Shahrul.?’
Pertama kali dalam hidup aku. Lelaki yang cari no aku. Itu menyebabkan aku kuat memilih dia. Aku ni nakal juga. Setiap kali berjumpa dengan lelaki, aku yang minta no telefon. Seminggu perkenalan . dengan mudah aku katakan ‘maaf aku rasa kita tak sesuai. I’m leaving u.bye’ tanpa rasa bersalah. Tetapi kali ni aku dah terjerat. Dia. Dialah pemilik hati ini. Kunci hati aku hanya padanya.
Dia banyak mengajar aku erti hidup. Aku pernah menyakiti hati mamaku. Aku pernah buang keluargaku. Aku tidak pernah merasakan seronoknya keluargaku. Malah rindu. Tidak sedikitpun untuk keluargaku terutamanya apabila aku masuk asrama. Aku tidak suka asrama. Aku benci mama kerana memanksa aku duduk di asrama. Aku selalu dibuli. Aku benci dunia aku. Tetapi setelah aku mengenali dia, fikirannya yang matang mempersonakan. Walaupun umurnya tidak jauh beza dengan ku, jarak Cuma 4 bulan. Tetapi dia sangat matang. Anak sulong. Dialah yang mengajar rasa sayang, rindu, benci, cemburu, sedih, suka, bukan untuk dirinya tetapi untuk keluargaku. Baru aku merasakan besar tanggungjawab sebagai kakak. Bertapa berharganya keluarga. Aku benar bersyukur. Selalu aku berdoa ditemu jodoh dengannya.
‘Kenapa shahrul menjauhkan diri dari kau ni. Dia betul2 nak putus ke? Kenapa? Aku ada buat salah besar ke? Betul ke pantang larang kalau bagi baju hubungan bole renggang, boleh putus? Shahrul kenapa tak dating ni.? Tolonglah datang. Jangan buat macam ni. Saya tak sanggup.’
‘number that you call, is not available. Please try it later.’ Kenapa xon phone!
Aku naik berang. Setiap kali aku akan cuba menghubungi no dia. Jawapannya tetap sama.
3bulan kemudian. Bertukar kepada ‘ this number is not in service. Tq’
“wei tolong lah cakap Shahrul ada kat mana? Jangan lah buat aku macam ni.” Aku menangis. Jantungku bagai gugur sebaik sahaja aku mendengar berita tentang Shahrul. Aku seperti tidak percaya. Dunia menjadi gelap. Hati aku. Hati aku seperti tiada. Pergi bersama Shahrul.
“Zulaikha jangan jadi gila boleh tak.? Kesian Shahrul biar lah die pergi dengan aman.”
“aku tak percaya. Mesti korang dah berpakatkan. Mesti idea Shahrulkan. Jangan seksa aku macam ni.” Aku terduduk ditolak oleh Ziq kawan Shahrul.
“ Zulaikha.! Sedarlah.! Redhakan pemirgiannya. Shahrul memang nak datang masa kau suruh dia datang. Malah dia pergi pun siap minta maaf dengan kami sebab dia nak selesaikann msalah dia dengan kau. Tapi, Allah lebih sayang die Zulaikha. Shahrul accident masa nak jumpa dengan kau. Tolonglah Zulaikha kesiankanlah roh dia. Biarkan lah dia pergi.” Lalu dia pun beredar menggalkan aku sendiri.
3 tahun berlalu, tapi aku masih mengharapkan dia kembali. Aku belum berkesempatan melihat kuburannya. Tetapi yang pasti pantai ini saksi cinta kami. Tiap kali aku teringat tentang dia. Hanya AL-Fatihah mengiringi perjalanannya disana. Aku akan setia pada janjimu.
‘Saya tahu yang saya akan pergi meninggalkan awak suatu hari nanti Zulaikha. Saya hanya mahu awak tahu yang saya akan sentiasa sayang awak. Saya sayang awak, Zulaikha.’
“Eventhought u not here, our love, is alive in this heart and ours memories live in this beach, Crytal Bay.”
Truly,
Sayangshah
No comments:
Post a Comment