Pada ayah - didiklah anak dgn baik jgn kedekut          dgn anak-anak jika ada keinginan dan keperluan mereka           cuba tunaikan jika x berdaya          cakap dgn baik-baik... ..dan selalulah berkomunikasi dgn anak-anak...          masa kecil mereka tiada siapa kecuali ayah dan ibu sebagai tempat          bergantung.. ..patutlah ALlah memuliakan anak yatim...mereka sebatang          kara.....bacalah kisahnya...dan sekiranya ada titisan air mata          bercucuran maka anda memahami dan menghayati cerita ini.....berbuat          baiklah pada anak yatim......mereka tiada sesiapa didunia          ini......
Aku cuma ada seorang adik. Lelaki dan usianya          tiga tahun lebih muda daripada aku. Suatu hari, untuk mendapatkan          sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis ketika itu, aku          ambil 50 sen dari poket seluar ayah.
Petang itu, pulang saja dari sekolah, ayah          memanggil kami berdua. Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding.          Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan          ayah.
"Siapa ambil duit ayah?" tanya ayah bagai singa          lapar.
Aku langsung tidak berdaya menentang renungan          tajam mata ayah. Kedua-dua kami membisu,cuma tunduk memandang          lantai.
"Baik, kalau tak mengaku, dua- dua ayah rotan!"          sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya          ke belakang aku.
Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan          kedua-dua belah tangannya sambil          berkata,
"Saya yang ambil!"          
Belum sempat adik menarik nafas selepas          mengungkapkan kata-kata itu, hayunan dan balunan silih berganti          menghentam tubuh adik.
Aku gamam, lidah kelu untuk bersuara. Walau          perit menahan sakit, setitis pun airmata adik tak tumpah. Setelah puas          melihat adik terjelepok di lantai, ayah          merungut.
"Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah          sendiri. Apakah lagi perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar          kelak?"
Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap          adik. Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar  cuba          kami ubati. Namun adik cukup tabah. Setitis pun air matanya          
tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk.          -.
Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati,          kesal dengan sikap aku yang takut berkata benar. Adik segera menutup          mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu          berkata,
"Jangan menangis kak, semuanya dah          berlalu!"
Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu          membela adik. Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana          mempertahankan aku bagaikan baru semalam          berlaku.
Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah          berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke          peringkat pra-universiti.
Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu          minyak tanah bersama ibu di ruang tamu. Aku terdengar ayah          berkata,
"Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam          pelajaran. Abang bangga sekali!"
"Tapi apalah maknanya bang...!" aku terdengar          ibu teresak-esak.
"Dimana kita nak cari duit membiayai          mereka?"
Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia          berdiri di depan ayah dan ibu.
"Ayah,saya tak mahu ke sekolah          lagi!"
Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan          kain pelekatnya dan merenung wajah emak, kemudian wajah adik          dalam-dalam. Panggggg.... sebuah penampar singgah di pipi          
adik.
Seperti biasa yang mampu aku lakukan ialah          menutup muka dan menangis.
"Kenapa kamu ni? Tahu tak, kalau ayah terpaksa          mengemis kerana persekolahan kamu, ayah akan          lakukan!"
"Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia          takkan dapat membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan,"          aku
memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya          yang bengkak.
"Kakak perempuan... biarlah kakak yang          berhenti."
Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik          tiada dibiliknya. Dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang          dia ada. Di atas pangkin tempat dia lelapkan mata,          
terdapat sehelai kertas yang tercatat....          ."Kak...untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari          kerja dan akan kirim wang buat akak."
Apa lagi yang Aku tahu selain meraung. Ayah          termenung, jelas dia cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air          matanya memujuk ayah.
Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa:
Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa:
"  Ada pemuda kampung tunggu kau kat          luar!"
"Pemuda kampung?" bisikku.          "Siapa?"
Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku          nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan          simen.
"Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang          datang!"
Sambil tersenyum dia menjawab, "Akak lihatlah          pakaian adik ni. Apa yang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu          saya adik kakak?"
Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan          jawapannya. Aku cukup tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di          pipi. Aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen          
pada pakaian          adik.
Dalam suara antara dengar dan tidak, aku          bersuara,
"Akak tak peduli apa orang lain          kata."
Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit          rambut berbentuk kupu-kupu. Dia mengenakan pada rambutku sambil          berkata,
"Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam          ni, saya beli satu untuk akak."
Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Aku          rangkul adik dan dadanya dibasahi air mataku yang tak dapat          ditahan-tahan.
Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara          menunggu konvokesyen. Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak          seperti selalu.
"Emak,tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan          rumah sambut saya balik."
"Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin.          Habis tangannya luka-luka."
Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik.          Kami berdakapan.
"Sakit ke?" aku bertanya tatkala memeriksa luka          pada tangannya.
"Tak... Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh          kontrak, kerikil dan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh          saya sepanjang masa. Kesakitan yang dirasa tidak dapat          
menghentikan usaha saya untuk bekerja          keras."
Apalagi...aku menangis seperti          selalu.
Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun.          Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus kepada          adik.
"Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang          lain?" kata adik.
"Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja          dengan kelulusan yang adik ada."
"Adik tak ke sekolah pun kerana akak." kata ku          memujuk.
"Kenapa sebut kisah lama, kak?" katanya ringkas,           cuba menyembunyikan          kesedihannya.
Adik terus tinggal di kampung dan bekerja          sebagai petani setelah ayah tiada. Pada majlis perkahwinannya dengan          seorang gadis sekampung, juruacara majlis          bertanya,
"Siapakah orang yang paling anda          sayangi?"
Spontan adik menjawab, "Selain emak, kakak saya"          katanya lantas menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku          ingati.
"Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari          kami berjalan kaki ke sekolah. Suatu hari tapak kasut saya tertanggal.          Melihat saya hanya memakai kasut sebelah, kakak          
membuka kasutnya dan memberikannya pada          saya.
"Dia berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di          rumah saya lihat kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan calar-balar          "
"Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri.          Saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya          berjanji akan menjaganya sampai          bila-bila."
Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke          pelamin, mendakap adik sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang          histeria.
1 comment:
puhh !!
menyayat hati sungguh !
Post a Comment