Minggu ini minggu yang kritikal bagi aku.
Sering dilanda mimpi dipatuk ular.. sawa..
Tapi kali ini berbeza sebb yang patuk ular tedung.
Aku sekarang tengah belajar untuk serius dalam perhubungan.
Tapi bukan la aku nak kawen cepat.
Okay memang la azam aku nak kawen tahun ni..
Xle semestinya. Kan.kan.kan…?
Aku ambil langkah yang berani.
Aku pun xtahu kerna apa.
Aku yakin dengan dia..
Xseperti yang lain.
Walaupun rasanya xla seindah yang lain.
Tapi tah la.
Malam tadi aku sedey sangat.
Aku keliru dengan mama dan abah.
Kata dah bagi green light tapi.
Bila aku nak kenalkan Azman.
Abah marah sangat.
Takot….?!
Tapi Azman pun xsedia lagi.
Sebenarnya AKU LAGI LA XSEDIA..
Xkan aku nak kawen seawal umur 21 tahun.
Aku baru nak mengundi..
Melampau ini.
Aku pun tibe2 rase x puas nak enjoy.
Tapi insyallah kalau dah menyerukan.
Kawen juga.
Aku jadi sangat keliru.
Aku rasa xbole nak terima.
Mara macam aku buat 1 kesalahan yang sangggggtt
Xbole diterima akal.
Aku sedey.
Saat itu aku pejam mata.
Shahrul dating dalam mimpiku lagi.
Indahnya. Kehadiran yang sangat aku hargai.
Saat aku sedey sendiri.
Dia datang memelukiku.
Nikmatnya mimpi masa itu.
Aku mengadu kesedihanku kepadanya.
Tiba-tiba,
Azman dan azrul dating.
Shahrul pun menghilang.
Aku terpinga.
Aku xtahu kenapa aku buat keputusan itu.
Aku menunggu jawapan untuk mimpi tu.
Tibe2..( move like jagger pun berbunyi suda)
‘my buchuk calling’
Aku pandang sepi..
Apakah petanda itu.
Hari ini aku dapat 1 panggilan daripada mama
Mama yang exited.
Mama cakap abah dah siasat sapa azman.
Hati rasa macam.. ‘ sampai hati abah buat macam tuh’
Mama pun cakap la yang abah dah berkenan
Mama cakap nak jumpe bole..
Tapi beringat..
BUAT SOLAT ISTIKHARAH?!
Doakan kalau jodoh permudahkan jalan.
Bla..bla..bla..
Dalam hati aku.
“ kenapa abah buat macam tuh. Mungkin sebb abah sayangkan aku, mungkin abah xnak aku terluka. Mungkin abah takot aku dah nak kawen.”
Untuk abah yang akak sayang,
Terima kasih.
Akak bukan la nak buat abah takot, risau dan menjatuhkan maruah abah.
Akak yakin abah buat macam tuh untuk kakak juga. Abah xnak akak kecewa nanti. Betul x.?
Terimakasih abah.
Akak janji akak akan sedaya upaya menjaga batasan, menjaga nama abah
Insyallah.
Untuk mama yang akak sanjungi,
Selama ini mama selalu menjadi parti pembangkang bagi akak.
Tapi dalam hal ni, mama seorang yang amat akak perlukan
Terimakasih.
Kerana sentiasa mengingatkan akak tentang dunia.
Insyallah..
Untuk-Mu Ya Allah,
Aku tahu aku bukan hamba-Mu yang sempurna
Sering alpa, leka, malah sangat sombong dengan Kau.
Mempertikaikan semua suruhan Kau.
Malah hati aku kadang ragu-ragu dengan kuasa-Mu
Namun Engkau buktikan bahawa Cinta itu hadia dari Kau
Untuk hambanya.
Terimakasih.
Kerana doaku kau terima.
Mungkin ini salah satu petanda jodoh yang Kau
Tetapkan.
Tetapkan iman aku, Ya Allah.
Tetapkan iman aku.
Tetapkan imanku.
Hanya pada-Mu aku memohon, dan meminta.
Hanya pada-Mu aku berserah.
Semoga aku akan sentiasa rajin untuk beribadah pada-Mu.
Terima kasih, Ya Allah
No comments:
Post a Comment