24 JANGAN



1- Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini tidak disukai oleh ALLAH s.w.t.
2- Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki(selipar) . Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita. 
3- Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ianya merbahayakan. 
4- Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan. 
5- Jangan tidur selepas solat subuh, nanti rezeki mahal (kerana waktu pagi itu membuka segala pintu keberkatan)
 6- Jangan makan tanpa membaca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan. Nanti makanan yang dijamah adalah dari muntah syaitan. 
7- Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan atau kebaikan. Takut-takut anda mati dalam perjalanan. 
8- Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan. 
9- Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa. 
10- Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dan baiknya. 
11- Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang pada bila-bila masa. 
12- Jangan ego untuk meminta ma'af kepada kedua ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah. 
13- Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Ia boleh merosakkan silaturrahim. 
14- Jangan lupa bergantung harap hanya kepada ALLAH s.w.t. dalam setiap kerja kita. Nanti sombong bila berjaya dan kecewa pula bila gagal. 
15- Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita. 
16- Jangan banyak ketawa nanti jiwa mati. 
17- Jangan biasakan berbohong kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih sayang orang kepada kita. 
18- Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan kerana doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH s.w.t. 
19- Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan kekal selamanya. Carilah kehidupan dunia untuk akhirat. 
20- Jangan duduk dalam bilik air terlalu lama kerana di situlah tempat tinggal jin kafir dan syaitan. 
21- Jangan merokok dan memasang kemenyan kerana asap itu adalah makanan jin. 
22- Jangan lupa membaca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan salam ketika masuk ke rumah. Di khuatiri jin dan syaitan masuk bersama. 
23- Jangan memakai tangkal kerana ALLAH s.w.t. tidak sempurnakan agama seseorang itu jika memakainya tangkai. Ini adalah kerana dikhuatiri kita bergantung kepada tangkal, bukan kepadaNYA. 
24- Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata 'jangan'. Sebab semuanya untuk kebaikan dan kesungguhannya ALLAH s.w.t. itu lebih mengetahui.

No comments: