Nikah
gantung (atau dalam Bahasa Arab disebut Nikah Khitbah) sebenarnya
bermaksud pernikahan di mana pasangan pengantin tidak duduk serumah
dalam satu-satu tempoh yang ditetapkan hasil persetujuan bersama
kedua-dua belah pihak. Tanggungjawab pemberian nafkah oleh suami kepada
isteri juga diringankan dan boleh dilepaskan.
Dalam
kata lain, majlis akad nikah diadakan terlebih dahulu tapi majlis
kenduri kahwin (walimatul urus) diadakan kemudian. Penangguhan majlis
kenduri kahwin tersebut boleh hingga menjangkau tempoh bertahun-tahun
lamanya.
Akan
tetapi rukun-rukun perkahwinan seperti biasa perlu diikuti iaitu perlu
ada suami, isteri, wali, saksi dan akad (Ijab Qabul). Tidak ketinggalan
juga maskahwin pun perlu dibayar. Untuk hantaran boleh ditanggunhkan
dulu.
Sebab-sebab biasa nikah gantung ini dibuat adalah seperti:
Suami masih tidak mampu menyara sepenuhnya kos hidup isteri seperti rumah sewa, pakaian dan sebagainya. Pasangan masih lagi menuntut dan masih belajar. Belum bersedia memberi komitmen sepenuhnya dalam menunaikan tanggungjawab berumahtangga.
Setelah
majlis akad nikah berlangsung, kedua-dua pasangan perlu tinggal secara
berasingan sehingga benar-benar bersedia untuk memikul tanggungjawab
sebagai suami dan isteri. Pada kebiasaannya pasangan ini akan tinggal di
rumah ibubapa masing-masing.
Tujuan
utama nikah gantung ini dilakukan ialah bagi mengelakkan berlakunya
penzinaan dan kelahiran anak luar nikah. Setelah kedua-dua pasangan ini
melalui nikah gantung, mereka boleh bertemu, berdating, dan bermesra.
Malah jika melakukan seks pun hingga melahirkan anak ianya tidak salah
dan tidak haram. Anak yang mereka lahirkan itu adalah sah hukumnya.
Walaupun
mereka nikah gantung, mereka adalah pasangan suami-isteri yang sah di
sisi agama Islam dan undang-undang Kerajaan Malaysia.
Dari
sini anda dapat lihat bahawa kesucian institusi kekeluargaan itu dapat
terus dipelahara. Si gadis yang hamil dalam tempoh nikah gantung tidak
perlu berasa panik dan gerun oleh kerana anak yang dikandung adalah sah.
Dengan ini kes-kes dan isu pembuangan bayi tidak akan berlaku.
Di
sinilah anda boleh lihat bahawa ajaran Islam itu amatlah mudah dan
mampu meringankan umatnya dalam menjalani kehidupan seharian.
Semoga dengan perkongsian ini memberi manfaat buat anda.
No comments:
Post a Comment