Showing posts with label tentang dunia. Show all posts
Showing posts with label tentang dunia. Show all posts

rangka azam 2015

Assalamualaikum,,
Terasa lama benar memeruk blog menjadi pekasam.
Haahhahaha,,
Well ceritanya ada, malas nk berkongsi aja.
Apa yang perlu diceritakan dulu eh.?
1)      Menjelang tahun baru

Menjelang tahun baru ini, kalau ada y perasan aku xde azam untuk tahun 2014 ini. Macm stop dulu nak mengejar ape2. Namun macam2  y belaku sepanjang tahun 2014 ini. Cabaran yang datang tidak diduga ini benar2 menguji kematangan aku untuk berfikir dan bertindak.
Kesimpulannye, aku masih belum matang untuk menjalani alam dewasa. ( xmaaaaauuuu.??!!)

Untuk tahun 2015 ini, mungkin ada sesuatu yang akan aku rangka. Tempoh 1tahun (2014) ni aku rase banyak yang aku buang masa. Nak sesuaikan diri dalam pekerjaan dan perhubungan. Nak kukuhkan kewangan dan hanya melihat kesilapan saje. So 2015 is te time to CHANGE AND MOVE.

GOOOO FIGHTTEEEEERRRR???!!

2)      Hubungan kekeluargaan

Kes pertunangan yang x jadi tu, banyak mengubah cara pergaulan aku dengan keluarga. Aku lebih berkira dan x mesra dengan keluarga. Aku jadi kan masalah ini sebagai benteng untuk aku makin jauh dengan keluarga.
Kebaikannya :
a)      Aku semakin berani buat keputusan aku sendiri
b)      Aku akan berusaha tanpa keluarga disisi
c)       Aku makin yakin untuk hidup sendiri.
Kekurangannya:
a)      Adik-adik dipinggirkan
b)      Tanggungjawab aku pada mama dan abah, semakin aku jauhkan.
c)       Aku benci suasana di rumah.
Aku yakin aku bukan berdendam dengan keluarga aku, cume kemanisan / syurga dirumahku semakin suram.aku bencikan suasana ini. Bukan ini yang diterapkan dalam hidup aku. Namun, rasa saket itu masih ada. Perasaan bersalah dan dipersalahkan itu sentiasa ada dirumah itu.
Harapan aku untuk tahun 2015, aku bertemu jodoh dengan keluarga baru. Agar hubungan yang terjalin mampu mengubah suasana dalam keluargaku juga.
3)      Kewangan

Alhamdullilah, kewangan semakin stabil. Aku sukeeeeee la kerja aku sekarang. Dalam masa yang same terasa nak sambung belajar. Jadi berbelah bagi pulaq. So target utama aku bulan 3/ 6 / 12 ni aku kene tamatkan pengajian muet aku. NO MORE TANGGUH2.. Hoping 2016 dapat aku buat PJJ or berenti for full time study.

4)      Masa depan

In meanwhile, aku bercadang nak memilki sebuah rumah yang dekat dengan tempat kerja. Tapi aku masih menunggu adakah si dia nak menamatkan status bujang ini bersama. Namun kalau masih tidak memberi petunjuknya. Aku akan berusaha dapatkan rumah tu. But.?? Town house okay ka.??? Hmmm

So. Rangka 1st da aku rangkakan. Wait till new year to final countdown.

Dibawah adalah saringan utuk semua.


Travel backpacker ke Sabah,(not fully la, Malaysia not safe country now. Need to be care) 
pelabuhan (hmmm entah dekat pasar besar kk)

muzium Sabah ( sumpah besar glerrrrrr)

market kraf tangan ( tidooo jee)


have view of kk


tamu penampang

pantai..... hmmm apa tah dekat likas

sangat sedey gambar di kundasang gelap kesemuanya.
waaaaaa  ;(

MY RATE OF SABAH DIBAWAH BAYU : 4 STARS
( SUITABLE FOR WHO WANTED TO HAVE PEACE AND ROMANCE)

mirror v/s jodoh.?????

Ni nak cita sikit pasal mirrow from Justin turpawerrr heehehe..
Aku suke lagu tuh. Menceritakan tentang jodoh.
Kenapa org putih tuh boleh buat lagu macm ni.
Sedang org melayu pun susah nak buat lagu yang bawak makne2 yang mendalam macam tuh.
Link ni bawa anda ke lirik lagu tersebut.http://naugthtmmechanicbabe.blogspot.com/2013/10/cermin.html
“Wanita-wanita yang tidak baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang tidak baik adalah untuk wanita-wanita yang tidak baik pula. Dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik pula.” (QS. An-Nur:26)
Dalam lagu tuh x deh r cakap pasal surah an-nur tuh. Tapi kalau anda perasan, lihat pasangan anda,
Dan lihat diri anda..????
Situasi 1:  sedang anda bergurau2, dengan kawan anda. Tibe2 terserempak dia yang sedang bermesra dengan perempna laen. Anda pun benggang.?????!! MIRROW
Situasi 2 : nak g dating ni.. delete all masej nanati kantoi.. semasa keluar dating tibe2 ada msj msk dalam inbox die. ‘ hi abang miss u’.. benggang.???!! MIRROW.
Aku rase korang paham yang kau maksudkan.
Situasi aku
Aku kawan dengan die. Dalam mase yang same aku x begitahu family aku.
Lastly aku tahu die tipu aku yang die tuh suami orang.
Kita sering kali mengeluh, KENAPA LAH SEMUA ORANG NAK KENE BOHONG AKU.???!!
Pernah kah kite Tanya, KENAPA AKU PERLU TIPU DIE, TERUS TERANG LAGI BAGUS,?
Kehidupan aku sekarang adalah 22 tahun. Aku mula belajar mengenal jantina len dari aku pada umur 14 tahun. Around 8tahun. Dalam tempoh itu, aku melihat perjalan ‘percintaan monyet’ aku, dan percintaan mama dan abah serta or kelilig aku. Perhubungan CINTA ini mesti bersilang dengan sex gan touching.
Aku yang aku cube maksudkan eh.?? Ehhh….. heheh,,
aku pun xtahu nak ngarut ape.. xjadi nak cite la..
tapi key wordnya..
' KENAPA ABAH MASIH DENGAN MAMA KO WALAUPUN MAMA KO MACAM TUH.?
SEBB MIRROR, (bukan la bapak aku ckp mirrow tapi sesuatu yang maksudnya macm mirror coruss part.)'
CINTA ITU INDAHKAN.. KENAPA PERLU DISIRAMI DENGAN PENDUSTAAN DAN PEMBOHONGAN YANG MELUKAKAN DAN MENYAKITKAN.
KITA SAMA2 INGIN BAHAGIAKAN. KENAPA X SAME MENCUBE YANG TERBAIK. KENAPA PERLU MINTA PADA YANG LAIN..?? PASTIKAH BAHAGIA.??
merenung kebulan, apalah yang akan belaku saat aku diuji.?

pelangi kembar

Dalam perjalana nak ke SATURDAY WORKING DAY ni.. memang la sayu dah sunyi..
Gaji dah massyyuukkk.. so aku pun TERRRR lahh bawak kete datang keje..
Sedang aku meredah jalanan yang berliku.
Suram dan sunyi ( hyperbola x ayat tuh.?? Ke x cukup..)
Aku dihadiahkan dengan PELANGI BERKEMBAR PAGI.
Dalam perjalanan mengejar pelangi pagi akhirnya.??!
 

















Dia hilang pada 7.15 pagi. Sedeynya… bile la pelangi aku akan datang.
Xpe la.. sekejab pun jadi la.
Hanya untuk megukirkan senyumanku
Untuk 15 minit je..

Andai Lelaki tahu


Andainya lelaki tahu..


Apabila seorang perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.


Andainya lelaki tahu..


Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.


Andainya lelaki tahu..


Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.


Andainya lelaki tahu..


Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.


Andainya lelaki tahu..


MENGAPA ALLAH TEMUKAN AKU DGN ORG Y SALAH.?


uNTUK APA DIPERTEMUKAN,DAN MENJALIN HUBUNGAN KALAU SEKADAR UNTUK DISAKITI?

Perasaan cinta yang didambakan selama ini sungguh membahagiakan dan mendamaikan,apabila berlaku perpisahan mulalah kita berfikir,”kenapa aku dipertemukan dengan orang yang salah”Untuk apa aku dipertemukan kalau hanya untuk disakiti,Kenapa..kenapa..kenapa…arghhh..menangis.hukhukhuk

Pernahkah kita terfikir ini adalah dugaan dari yang Maha Esa?renung-renungkanlah
1. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar, masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.
2. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.
3. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.
4. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK, KHAS UNTUK DIRI KITA.

biull..

hmm..
nenek kate :
perkahwinan
ibarat 1 
perjudian
adatnya hanyala.
kalah

it will rain

entry baru je.. bukan ad orang nak tgk pun. huhuhu
kelebet kelebet. bruno mars punya lagu
tibe terhenti kat lagu ni..

it will rain

tangisanku


Kata Ibnu Qayyim - 10 Jenis Tangis
1) Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati.
2) Menangis kerana rasa takut.
3) Menangis kerana cinta.
4) Menangis kerana gembira.
5) Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6) Menangis kerana terlalu sedih.
7) Menangis kerana terasa hina dan lemah.
8) Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9) Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
10) Menangis orang munafik - pura-pura menangis.

"..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis."
(AnNajm : 43)

aku nak kawen

aku baca banyak artikel tentang macam-macam,
nak dijadikan cita aku terbaca sebuah cerpen.
bagaimana buah hati saya.??
cerpen tuh pasai kawen awal.
alasan perkawinan untuk elak dosa besar.
kira2 main point dia, kawen dasar nafsu.
dulu masa aku gatal2 nak kawen
aku fikirkan alasan yang sama juga.
tapi dah terlibat pun dgn zina tuh.
dan mama selalu ckp. kawen dasar nafsu 
xakan kekal. sbb nafsu xakan puas.


PESANAN IMAM AL-GHAZALI




Suatu hari, Imam Al Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu Imam Al-Ghazali bertanya:
1 – Pertama, “Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?”.
Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman dan kerabatnya.
Imam Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah “mati”. Sebab itu sudah janji Allah SWT bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati.
“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.” (Surah Ali Imran 185)

jodoh oleh Allah


 
 

 
"Jodoh di tangan Tuhan, tetapi manusia harus berikhtiar mencari dan memilihnya" Pendapat ini lebih baik dari pendapat pertama, walaupun masih belum sempurna. Masalahnya terletak pada sudut ikhtiar untuk mencari dan memilih jodoh.

"Jodoh di tangan Tuhan dan manusia wajib berikhtiar mencari dan memilihnya sesuai dengan ketentuan yang ditentukan Tuhan" Pendapat ini lebih sempurna. Memang itulah aturan mencari dan
memilih jodoh.
Selain daripada pendapat di atas, masih ada cara lain yang digunakan di beberapa tempat seperti :

1. Jodoh dicari dan dipilih oleh orang tua tetapi perkahwinan berlangsung atas persetujuan anak.

2. Anak lelaki mencari dan memilih jodohnya sendiri tetapi keputusan berkahwin bergantung kepada orang tua.

3. Anak lelaki atau perempuan mencari atau memilih jodohnya sendiri tetapi keputusan perkahwinan bergantung kepada kedua belah pihak orang tua.

4. Anak lelaki atau perempuan mencari atau memilih jodohnya sendiri serta menentukan sendiri perkahwinannya.

Mengikut ajaran Islam, persetujuan antara kedua belah pihak merupakan perkara asas, iaitu atas persetujuan dari calon suami dan isteri. Ini disebabkan perkahwinan di dalam Islam bertujuan
untuk keselamatan dan kesejahteraan pasangan tersebut.

Kedua orang tua harus turut serta memikirkan atau memerhatikan jodoh bagi anaknya. Jadi masalah memilih jodoh dalam Islam boleh dilakukan oleh anak ataupun kedua orang tua.

Namun begitu, kedua orang tua tidak boleh sesuka hati mencarikan calon untuk anaknya. Ianya mestilah berlandaskan ajaran Islam.

Bagi menentukan jodoh untuk kaum wanita, setidak-tidaknya perlu diperhatikan beberapa ciri berikut:

i. Pemimpin keluarga yang baik dan bertanggungjawab untuk membina rumahtangga
ii.Mencari nafkah yang jujur dan berhasil
iii. Pasangan ideal dalam erti;
- bersikap baik terhadap isteri
- dapat memberikan kebebasan berfikir dan memberi pendapat
- menerima kekurangan dan kelemahan isteri
- dapat membantu tugas isteri dalam keadaan dan kegiatan tertentu
- dapat menjaga kewibawaan isteri
- dapat membimbing isteri ke jalan yang baik
- dapat menghormati dan menyayangi sanak keluarga isteri
iv. Bapa yang baik dan sayang kepada anak-anak
v. Pasangan yang baik zahir dan batin
__._,_.___

copy khas untuk dia

JATUH CINTA
Saya yakin, ramai pasangan membuka kunci kehidupan berumahtangga dengan rasa cinta antara mereka. Jatuh cinta! Ya, bermula dengan jatuh cinta pandang pertama atas sebab yang pelbagai sehingga ikhtiar dilaksana bagi memulakan salam perkenalan antara keduanya. Demikian juga, rata-rata pengirim emel tersebut menyatakan mereka berkahwin atas dasar suka sama suka. Sebahagiannya sudah mengenali antara satu sama sebelum disatukan sebagai suami isteri.
Setelah dua jiwa yang saling menyintai diikat dengan lafaz mulia ‘aku terima nikahnya’ mereka mula membina kehidupan bersama. Berbekal perasaan cinta yang masih membara, serasa tidak begitu menyukarkan untuk mereka melakar musim bunga perkahwinan yang dipenuhi warna warni keindahan. Kalaupun sesekali hujan gerimis datang tanpa diundang, keadaan itu tidak merencatkan kegembiraan mereka menikmati kuntuman mewangi yang sedang mekar dalam hati. Masalah yang timbul, pasti tidak memakan masa lama untuk dileraikan.
Semuanya tampak selari, sehati sejiwa.
Begitulah kebiasaannya, permulaan yang bagai sempurna, tiada cacat dan cela.
Walaupun begitu mukadimahnya, kini, di antara mereka ada yang merasa kasih suami sudah beralih arah setelah segala pengorbanan dilakukan sejak melangkah ke alam perkahwinan. Ada juga yang meluah sikap suami yang kurang memberi belaian tanda cinta dan sayang. Tidak kurang juga yang menyatakan sudah tidak tahu bagaimana lagi usaha yang patut dilakukan bagi meraih cinta suami sedangkan kecantikan dirinya begitu dijaga dan diperhati namun layanan acuh tak acuh daripada suami menjadikan dirinya merasa kurang dikasihi.
Bagaimana ini terjadi?
Justeru, dalam keadaan rumahtangga dihenyak kegelisahan dan ketidakharmonian seperti di atas, beberapa perkara di bawah ini mungkin baik untuk dijadikan muhasabah dan renungan terutama kepada para isteri bagi membangun cinta sejati, buat merealisasi bahagia hakiki. Kemungkinan, sebaik melangkah ke tahun kedua, ketiga dan seterusnya setelah tanggungjawab bertambah dengan kehadiran cahayamata, keperluan kewangan yang semakin meruntun kerja keras dan lebih masa, maka ketika inilah saat-saat indah itu akan sirna sedikit demi sedikit andai tiada inisiatif untuk memBANGUNkan cinta setelah sekian lama terduduk leka saat diri JATUH cinta.

BARAKAH
Satu persoalan yang selalu terlupakan oleh pasangan yang melangkah ke alam perkahwinan ialah tentang keberkatan rumahtangga. Seharusnya, suami sebagai nakhoda bahtera kehidupan, dan isteri selaku pembantu yang menggerakkan pelayaran, bertanya kepada diri :
“Ke manakah rumahtangga ini akan kami bawa?”
“Komitmen bagaimana yang mampu dilaksana bagi menjayakan matlamat bahagia bersama?”
“Adakah hanya di dunia? Tidak! Kebahagiaan itu pasti mahu diteruskan hingga ke syurga milik-NYA.”
Firman ALLAH SWT :
وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَى آمَنُواْ وَاتَّقَواْ لَفَتَحْنَا عَلَيْهِم بَرَكَاتٍ مِّنَ السَّمَاءِ وَالأَرْضِ وَلَـكِن كَذَّبُواْ فَأَخَذْنَاهُم بِمَا كَانُواْ يَكْسِبُونَ
Maksudnya : “Jikalau sekiranya penduduk desa / negeri itu beriman dan bertaqwa, pastilah Kami anugerahkan kepada (kehidupan) mereka barakah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, maka Kami siksa mereka disebabkan perbuatannya.” ( Surah AI-A'raf ayat 96 )
Jelas, dari ayat ini, ALLAH SWT menyatakan bahawa keimana dan ketaqwaan adalah sumber barakah. Ia dijana apabila nilai-nilai yang diambil dari al-Quran seterusnya dipraktiskan dalam kehidupan seharian. Dalam hal ini, bukan kemewahan dan kesenangan hidup menjadi piawaian barakah. Bukan juga rumahtangga sifar masalah menjadi tanda aras keberkatan, tetapi keterikatan hati penghuninya kepada ayat-ayat ALLAH SWT.
Justeru, sebagai isteri yang lebih banyak mencorak suasana rumahtangga mari kita renungkan sekadar mana usaha yang telah dan masih dijana demi meraih barakah dalam perkahwinan. Sudah berapa banyak kebaikan dan ketaatan yang kita gerakkan kerana itu adalah langkah-langkah bagi meraih keberkatan. Solat dan ibadah-ibadah lain yang terjaga dan dilaksana sebaiknya, perhiasan rumahtangga yang tidak melangkaui keharusan yang digariskan syari’at yang mulia, program televisyen dan filem yang menjadi tontonan sekeluarga, dan seumpamanya.
Semestinya, rumahtangga yang paling beruntung menurut kacamata agama adalah rumahtangga yang paling banyak produktiviti ketaatannya kepada Yang Maha Esa. Sesungguhnya, hati yang akrab kepada Penciptanya, pasti mudah dilorongkan kepada jalan keluar atas setiap masalah yang tiba. Bahkan, mungkin ia menjelma dari peristiwa dan jalan yang tidak pernah dijangka!

DOA DAN MUNAJAT
Saya pernah membaca satu kisah tentang doa yang cukup menyentak tangkai nurani. Ia mengingatkan saya bahawa dalam kebanyakan masa yang telah dan sedang berlalu, saya dan ramai individu di luar sana sebagai manusia yang punya banyak kelemahan kita sering tidak menyedari bahawa ada peristiwa yang berlaku dalam kehidupan ini merupakan pengabulan dan jawapan ALLAH atas permintaan kita dalam munajat dan doa kepada-NYA, cuma ia terjadi dalam keadaan yang tidak kita sangka-sangka.

Kisahnya begini…..
“Ada seorang ‘abid ( ahli ibadah ) yang selalu meminta dalam doanya agar dikurniai dua potong roti setiap hari tanpa perlu bekerja, sehingga dia dapat menumpukan sepenuh masanya untuk beribadah dan menambah 'amal. Dalam bayangannya, jika tidak bersusah payah bekerja mengejar dunia, ibadahnya akan lebih terjaga.
Lalu, ALLAH SWT mengabulkan doanya dengan cara yang tidak terduga; ia ditimpa fitnah yang dahsyat yang menyebabkan dirinya terhumban ke penjara. Sepanjang berada di penjara, ALLAH mentakdirkan setiap hari dia memperoleh dua potong roti; pagi dan petang, tanpa bekerja. Dengan ini masanya banyak terluang dan sangat lapang untuk beribadah.
Namun, apa yang dilakukan oleh si 'abid tadi? Dia sibuk meratapi nasibnya yang terasa nestapa di penjara.
"Mengapa ini terjadi?" soalnya sendiri.
Tanpa dia menyedari inilah jalan ijabah ( jawapan dan pengabulan ) dari ALLAH SWT atas doanya yang terisi, berikan aku dua potong roti sehari!”
Lalu, mari kita ingat-ingati semula. Adakah selama ini kita pernah memohon : “Ya ALLAH, kurniakan kami rezeki yang melimpah ruah, perhiasan yang mewah, rumah yang besar..”lalu dengannya ALLAH SWT mengabulkan doa itu dengan cara suami memperolehi keuntungan besar dalam perniagaannya atau kenaikan pangkat yang tinggi pada pekerjaannya sehingga dia kini menjadi semakin sibuk dengan aktiviti di luar melebihi perhatian yang sewajarnya diberikan kepada anak dan isteri di rumah. Kita meminta mewah, lalu ALLAH memberikannya tetapi ia diiringi ujian yang mampu merobek kebahagiaan sebuah rumahtangga!
Justeru, selaku wanita yang dianugerahi kelembutan jiwa, mari kita meneliti dan memuhasabah diri terhadap adab kita dalam meminta kepada-NYA, adakah ia bernada perintah, atau berirama harapan nan indah atau ianya adalah manifestasi kerendahan hati seorang hamba yang menginsafi dirinya yang lemah, fakir, menghiba, mengakui salah dan banyaknya noda diiringi perakuan dan pengagungan keesaan-NYA yang tiada tara. Sebagaimana doa Nabi ALLAH Yunus a.s :

وَذَا النُّونِ إِذ ذَّهَبَ مُغَاضِبًا فَظَنَّ أَن لَّن نَّقْدِرَ عَلَيْهِ فَنَادَى فِي الظُّلُمَاتِ أَن لَّا إِلَهَ إِلَّا أَنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنتُ مِنَ الظَّالِمِين

Maksudnya : "Dan (ingatlah kisah) Zun Nun (Yunus), ketika ia pergi dalam keadaan marah, lalu ia menyangka bahwa KAMI tidak akan mempersempitnya (menyulitkannya), maka ia menyeru dalam keadaan yang sangat gelap: ""Bahwa tidak ada TUHAN (yang berhak disembah) selain ENGKAU. Maha Suci ENGKAU sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim." ( Surah Al Anbiya' ayat 87 )
Indah, mesra dan penuh kerendahan jiwa seorang hamba.
Oleh itu, bagi merawat luka yang sedang pedih menimpa perhubungan rumahtangga, juga sebagai usaha memohon keberkatan yang mungkin terlupa, ALLAH SWT mendidik agar kita memanjatkan doa ini :
وَقُل رَّبِّ أَنزِلْنِي مُنزَلاً مُّبَارَكاً وَأَنتَ خَيْرُ الْمُنزِلِينَ
Maksudnya : “Dan berdoalah: “Ya Tuhanku, tempatkanlah aku pada rumah yang dianugerahi barakah, dan Engkau adalah sebaik-baik yang memberi tempat.” ( Surah Al Mukminun ayat 29 )
Juga doa yang bernada memujuk dan membelai sebagaimana firman ar Rahman :
Maksudnya : "Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa." ( Surah al Furqan ayat 74 )

MOTIVASI SI BIDADARI
Perkara seterusnya yang baik untuk dimuhasabah bagi mengembur kembali kebahagian suami isteri ialah mengenai kecantikan.
Saya selalu membaca dan mendengar kata-kata daripada beberapa individu muslimah hari ini tentang siapakah ikon, role model dan contoh ikutan mereka dalam usaha menjadi seorang muslimah yang cantik, baik dan berketrampilan menarik. Saya akur terhadap suasana yang mendominasi sudut pandang kebanyakan muslimah hari ini, namun demi melihat satu demi satu imej dan ikon muslimah dijelmakan menerusi tarikan fizikal yang menawan sukma, bagai ada benih kerinduan yang memutik dalam hati.
Kerinduan yang tumbuh seiring rasa bimbang dan gusar bila menyaksikan para muslimah bagai dididik untuk lebih menghargai diri hanya dari sudut fizikal semata. Demikian suasana yang banyak ditemukan lewat iklan dan peragaan busana muslimah baik di kaca televisyen mahupun suratkhabar dan majalah.
Soal hati dan ketundukan jiwa yang menyerlah pesona malu para sahabiyat era nabi dan Rasul terdahulu bagai telah ditenggelamkan oleh keghairahan ramai muslimah hari ini menonjolkan kecantikan diri. Keadaan ini sedikit sebanyak mencipta cemburu para isteri yang turut terheret sama dalam menyimpulkan solusi :
“Aku juga mesti tampil cantik persis model hari ini agar dengan perawakan fizikal yang mempesona itu, cinta suami pasti dapat aku menangi dengan mudah! “
Sangka mereka, yang cantik hidupnya selalu bertuah. Lalu mereka sibuk menghias rupa sehingga kecantikan itu terlupa untuk dilindungi sewaktu keluarnya mereka dari ruang rumahtangga suami.
Sedangkan hakikat sebenar bukan selalunya begitu.
Inilah kerinduan yang semakin kuat laungannya dari dalam jiwa. Kerinduan untuk melihat muslimat hari ini menyebarkan pesonanya dari tarikan intelektual, kecerdasan emosi dan rohani, kerinduan untuk melihat kesedaran dalam diri wanita bahawa pencinta sejati dari kalangan lelaki bertakwa hanya mendambakan pesona sebegini dari bidadarinya di dunia ini. Pesona yang dimotivasikan oleh ayat-ayat cinta-NYA tentang bidadari syurga idaman setiap jejaka. Peribadi suci sang bidadari yang ditata khusus hanya untuk tatapan suami yang dinanti. Firman ALLAH SWT :
Maksudnya : “Di dalam surga itu ada bidadari-bidadari yang sopan menundukkan pandangannya, tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni surga yang menjadi suami mereka) dan tidak pula oleh jin.” ( Surah ar Rahman aayat 56 )
Justeru, kembalilah para isteri memuhasabah diri. Pada saya kecantikan fizikal dalam mewarnai bahagia rumahtangga adalah satu keperluan, tetapi keindahan jiwa yang memancar darinya peribadi mulia adalah satu kemestian. Sewajarnya, perkara kedua mendapat perhatian yang berganda berbanding perkara pertama kerana cinta dari tarikan fizikal akan sirna seiring masa, tetapi cinta dari tarikan akhlak dan peribadi pasti kekal dalam lipatan kenangan.

SETELAH JATUH CINTA, BANGUNKAN CINTAMU...
Buat akhirnya, saya mengakui kebenaran bicara seorang penulis dari seberang yang pernah saya baca. Lewat tulisannya beliau menukilkan :
“Ada dua pilihan ketika bertemu cinta. ‘Jatuh ‘ cinta dan ‘bangun’ cinta. Untuk dirimu, aku memilih cinta yang kedua, supaya cinta kita menjadi istana, tinggi menggapai syurga!”
Untuk itu, marilah para isteri…kita jadikan bidadari syurga sebagai ikon dan role model yang membangkitkan motivasi untuk memperbaiki diri, manfaatkan kerendahkan diri sebagai hamba sewaktu bermunajat kepada ILAHI dan usahakan keberkatan dalam setiap aktiviti rumahtangga agar kemelut rasa yang melanda, akan menemui jalan keluarnya, dan kebahagiaan hakiki menjadi milik kita.
Setelah jatuh cinta, kita bangunkan cinta berpaksi reda-NYA.
Dan buat suami yang dikasihi…bersamamu isterimu ini pernah jatuh cinta, dan dengan izin serta rahmat-NYA, kita akan terus bangunkan cinta ini sehingga lestari ke syurga yang abadi, InsyaALLAH….ameen.
Mencari dan terus mencari cinta ILAHI.

kasih adik

Pada ayah - didiklah anak dgn baik jgn kedekut dgn anak-anak jika ada keinginan dan keperluan mereka cuba tunaikan jika x berdaya cakap dgn baik-baik... ..dan selalulah berkomunikasi dgn anak-anak... masa kecil mereka tiada siapa kecuali ayah dan ibu sebagai tempat bergantung.. ..patutlah ALlah memuliakan anak yatim...mereka sebatang kara.....bacalah kisahnya...dan sekiranya ada titisan air mata bercucuran maka anda memahami dan menghayati cerita ini.....berbuat baiklah pada anak yatim......mereka tiada sesiapa didunia ini......

sayunya cerita ini apatah lagi kepada yang mengalaminya. ....