Showing posts with label tentang kereta. Show all posts
Showing posts with label tentang kereta. Show all posts

tukar enjin.

credit fromhttp://kerosakankereta.blogspot.com/2013/10/engine-exchange

 

Engine exchange


Assalamualaikum dan Selamat Aidiladha,

Engine exchange atau dalam bahasa mudahnya adalah tukar enjin.Tukar enjin adalah perkara paling mudah bagi mekanik tapi bagi pengguna yang tiada sedikit pun pengetahuan mengenai enjin yang masih boleh digunakan akan menyebabkan kesusahan dikemudian hari.Masalah kerosakan yang lebih teruk mungkin berlaku jika memilih enjin yang tidak patut digunakan samada ia berbentuk halfcut atau pun enjin kosong.

Ramai diantara pengguna kereta yang suka memilih enjin sendiri tanpa menggunakan khidmat mekanik atau woksyop.Ini memang boleh dilakukan malahan ianya tidak bersalahan langsung dengan etika atau undang-undang mekanikal.Akantetapi sedikit pengetahuan perlulah ada supaya enjin yang dipilih boleh dipakai sekurang-kurangnya untuk 5 tahun lagi.

Mengenai enjin terpakai pula seperti yang boleh didapati dikebanyakan kedai alatganti terpakai atau kedai potong kebanyakannya telah melebihi usia 5 tahun dan ianya juga adalah bercirikan import dari luarnegara seperti Jepun dan negara Eropah yang melupuskan penggunaannya selepas 5 tahun.



Enjin kosong dan halcut engine

Enjin kosong adalah amat biasa digunakan berbanding halfcut kerana kosnya agak murah dan ianya mudah dipasang dan juga mengambil masa yang tidak lama berbanding halfcut engine.
Terdapat beberapa komponen yang tidak disertakan dalam enjin kosong seperti alternator,power steering pump,starter,dashboard,mounting dan gearbox serta wiring.Olehitu memilih enjin ini seharusnya menggunakan code model seperti 4G19 ,B6 dsbnya.Ada juga terdapat kereta yang boleh ditukar enjin walaupun dari berlainan model seperti enjin naza ke toyota,kancil ke mira dsbnya asalkan engine mounting dan gearbox boleh dimuatkan, ia adalah bersesuaian dan kebanyakannya menggunakan enjin kosong.

Halfcut engine pula adalah bermaksud sebahagian/setengah dari kereta dipotong dua bermula dari sebahagian pintu depan sehinggalah ke bahagian enjin tidak termasuk tayar dan roda.Komponen-komponen enjin seperti alternator,starter,power steering,gearbox semuanya disertakan sekali termasuk steering rack dan komponen akhir seperti rack end,tie rod end ,disc dan absorber.Harga sebuah halfcut adalah bersamaan dengan 3 kaliganda harga enjin kosong.

halcut engine

Halfcut engine boleh digunakan hampir keseluruhan termasuk dashboard dan wiring dan jika pandai memilihnya berkemungkinan pengguna akan mendapat komponen yang lebih baik berbanding apa yang ada pada kereta lama mereka.Memilih enjin dan bahagian ini pula bergantung kepada apa yang ingin digunakan sepenuhnya seperti enjin atau bahagian wiring dan dashboard,dan kebiasaannya enjin adalah paling utama berbanding dashboard dan wiring yang rata-rata banyak digunakan oleh kereta-kereta Eropah seperti Mercedes,BMW dsbnya.


 Cara-cara memilih enjin terpakai 

Memilih enjin terpakaii yang masih boleh digunakan bukanlah sesuatu yang susah dan memerlukan kepakaran yang tinggi.Terdapat ramai pengguna kereta yang mahir memilih enjin yang baik untuk kereta mereka dan tak kurang juga yang menggunakan kaedah tangkap muat sehingga terpilih enjin yang rosak teruk ,terpaksa dioverhaul dsbnya dan hanya bertahan sehari dua menggunakannya.Disini saya senaraikan sedikit cara-cara memilih enjin yang  masih boleh digunakan sekurang-kurangnya 5 tahun.Ciri-ciri enjin yang elok:-


  1. Bau minyak hitam/keladak minyak tidak hangus atau hangit.Buka penutup minyak enjin dan calit sedikit ke jari dan hidu.
  2. Kurang minyak meleh ditepi head dan gearbox.Goyang sedikit enjin tersebut jika ada lelehan minyak ia tanda banyak bocor gasket
  3. Jika ada alat seperti spanar bersaiz 21 atau 24 pusingkan sedikit skru flywheel untuk pastikan enjin tidak jammed atau melekat atas sebab ada bahagian yang patah.
  4. Pastikan tiada kemek atau retak pada engine block dan tangki minyak hitam/ oil sump.
  5. Pastikan tiada lelehan minyak hitam di bahagian timing belt manakala enjin yang gunakan timing chain lelehan minyak dibahagian berdekatan tanda damper dan rantai yang hampir renggang.
  6. Turuti langkah diatas secara teliti terutamanya menghidu bau minyak hitam enjin yang memungkin memilih enjin yang telah hangus dalamannya.
Secara kesimpulannya memilih enjin perlulah hati-hati walaupun tanpa pengalaman dengan berbekalkan pengetahuan insyallah ianya tidak akan menyusahkan dan tidak mungkin meletakan anda dalam keadaan 50-50 secara teknikal.

jom study HYRIB from HONDA

hai korang.??? assalamualaikum..
JOM STUDY SIKIT PASAI TEKNOLOGI  HONDA..
( disamping itu doakan aku brjaya menempuhi alam yang aku minati ini)

~~~ <@ ) Korang tahu ape itu IMA(integrated motor assist????
ini adalah satu yang baru.. pernah korang fikir x.???
kenapa kalkulator ada penal suria atas die.??
itu adalah inovasinya...


~~ maksudnya honda telah menemui satu cara untuk  mengabungkan sistem enjin yang mengunakan minyak dan motor yang menggunakan penal suria atau bateri..
~~~(mase mula2 aku nk belajar keretakan..
       aku pernah pikir pasal benda ni.. dan xsangka honda dah temui dulu. sedey r.. nk buat mcm mne lambat sgt kuar.. hehheheh... korang nak tau kenape die buat mcm tuh.??

       secara logiknya bile kite gune motor kuasa pasti lembab mcm siput la kete kite kan.??
SEBAB UTAMA MEREKA. NATURE...
ini dapat mengurangkan penggunaan minyak bakar dan mengurangkan co2 yang terbebas ke udara semasa proses keluar eksos... hmmm... amacam.. korang nak laju2 pun.. kat Malaysia ni bole pandu paling laju pun 110km/jam.. kalau lebih... hmmmmm.. heheh pandai jawab la broo... 

~~~~ aku paling suke konsep ini.. aku pernah pertengahkan kat PROTON.. tapi depa bole gelak ja.. sebb aku ckp tapi aku xtau lagu mana nak bikin jadi gitu.. iye la aku bukan pandai sgt pun.. bukan AKJ.. aku pelik kenapa malaysia produk keluarkan sesuatu yang waste mcm tuh.. xbersesuaian langsung untk kempen kurangkan kemalangn.. dan HIJAU...

sambung jom,.

~~~~<@ MACAM MANE EH IMA INI BERKERJA,.??????

soalan yang bijak.. (hahahah padahal aku yang tanya)
~~ aku mulakan dengan aku dulu..konsep yang aku nak tengahkan adalah.. aku ni jenis yang sgt cuai..
lupa nk tuang minyak moto or kete.. well korang paham jelah gadis2 mcm aku ni... bukan hirau sgt pasai minyak kete... kami tau start hidup blaaahhhh.. so bile tiap kali aku lupe tuh kan.. hehehehhe pasti aku akan terkandas di tepi jalan.. kuang2 kuang.. lepas tuh tipun abah mesti kene bebel punya la... wadohh panazz..
bukan nya aku nk usung moto utuh.. xnak la.. kalau ringan xpe gak.. so aku terpikir nk buat sensor.. bile pikir balik.. sensorkan mahal.. sensor pun sensitif... soooooo.. ape la salahnya kalau die buat sesuatu kalau miyak aku abis still bole gerak untuk ke stesen minyak dan tuang.. lagi pun gadiskan.. bahaya la nk tunggu tepi jalang... hehheheheh.. soooooo....

~~~~ konsep yang lebih kurang mcm aku fikirkan dimana aku dah lambat pikir sebenarnya.. kuang2 kuang.. honda dah buat dulu.. alahai.. sedey la..dimana..

SPRING TEST MELAKA

hujung minggu yang kelam..

aku da pergi untuk tgk drag
sprint test di eye on melaka.

besttt sangat..
saya suke dengar kete mengaum.??!!
tapi truma gak la nak tgk tepi2 jalan tuh.
(sejak kejadian hari belia putrajaya)
seram....
seram..seram..seram..

suatu hari nanti saya nak bikin kete.
supaya bole gegarkan sekitar,
sepang, peroi. eye on.
tunggu la...

tunggu noh.?!!

sory gamba curi jerk. lupe nk bwk kemera. wawawA

servis lah kenderaan anda

aku baru tahu yang panduan dibawah adalah servis berkala untuk pusat servis kenderaan baru.. xpelah untuk panduan pemilik kenderaan baru....
 Servis Berkala.

Secara umumnya servis berkala ini adalah servis untuk menukar minyak enjin atau lebih dikenali sebagai ‘minyak hitam’. Servis ini perlulah dilakukan secara kerap, mengikut tempoh masa yang ditetapkan. Tempoh masa itu diantara 3 bulan hingga 6 bulan selepas melakukan pertukaran minyak enjin, atau 5 000 KM sehingga 10 000 KM perjalanan enjin. Selain minyak hitam, ‘oil filter’ dan ‘plug’, sebagai pengguna kita perlulah menitikberatkan sepuluh elemen ini ketika menghantar kenderaan untuk menjalani proses servis berkala :

1)      periksa air bateri.
2)      periksa air radiator.
3)      periksa timing belt.
4)      periksa belting dan bearing daripada mengeluarkan bunyi dan  haus.
5)      periksa 'air filter' bagi mengelak habuk masuk ke enjin.
6)      periksa water coolant supaya tahap kepanasan enjin terkawal
7)      periksa alternator samada berfungsi atau tidak
8)      periksa segala minyak yang berkaitan seperti minyak brek,minyak clutch dan minyak gear
9)      Periksa kabel plug samada masih boleh digunakan supaya enjin dipacu tidak kurang kuasa api
10)  Periksa semua hose agar tidak mengalami kebocoran terutamanya hose minyak petrol. Ini akan mengakibatkan kenderaan terbakar.

Selain itu juga pastikan tekanan pada tayar berda pada tahap yang sesuai. Tahap ketebalan tayar juga perlu dilihat semasa melakukan servis berkala. Terdapat beberapa peringkat servis. Peringkat servis yang dimaksudkan adalah :



3.1.1    Servis Pertama (1000 km)

              Antara perkara yang perlu dilakukan semasa menservis pertama ialah:

                     i.            Menukar minyak pelincir.
                   ii.            Menukar penapis minyak pelincir.
                  iii.            Membersih penapis udara.
                 iv.            Menukar minyak gear.
                   v.            Menambah air bateri ,minyak stereng kuasa jika berkurangan.
                 vi.            Membuat pemeriksaan RPM,sistem penyaman udara dan lampu dan lain-lain.

3.1.2    Servis Kedua (5000 km)

Antara perkara yang perlu dilakukan semasa melakukan kerja-kerja menservis kedua adalah seperti berikut:

i.      Menukar minyak pelincir.
ii.       Menukar penapis minyak pelincir.
iii.      Membersih penapis udara.
iv.     Tambah air bateri jika perlu
v.       Membuat pemeriksaan RPM, sistem penyaman udara

3.1.3    Servis Ketiga (10000 km)

             Antara perkara yang perlu dilakukan untuk menservis kenderaan peringkat
             ketiga adalah seperti berikut:

                     i.            Menukar minyak pelincir.
                   ii.            Menukar penapis minyak pelincir.
                  iii.            Menambah segala minyak yang kurang.
                 iv.            Menukar palam pencucuh.

3.1.4     Servis Minor (20000 km)

Untuk servis minor,antara langkah-langkah yang perlu dilakukan adalah seperti berikut:

                     i.Menukar minyak pelincir.
                   ii.Menukar penapis minyak pelincir.
                  iii.Menukar minyak gear.
                 iv.Menukar gasket kepala selinder.
                   v.Menukar penapis minyak pelincir.
                 vi.Menukar cecair penyejuk (coolant) radiator.
               vii. Menservis sistem brek serta menukar pelapik (pad) dan lapisan
              viii. Brek (lining brek)
                 ix. Menukar penapis bahan api.

3.1.5        Servis Major (40 000 km)

Untuk servis major pula,antara langkah yang perlu dilakukan adalah seperti berikut:

                     i.  Menukar minyak pelincir.
                   ii.  Menukar penapis minyak pelincir.
                  iii.  Menukar penapis udara.
                 iv.  Menukar penapis bahan api.
                   v.  Menukar gasket kepala selinder.
                 vi.  Menukar palam pencucuh.
                vii.  Menukar  cecair penyejuk (coolant) dan lain-lain yang dirasakan perlu.




Jadual 3.1.1 Jadual servis berkala daripada Proton.

Odometer (KM x 1000)
01
05
10
15
20
25
30
35
40
45
50
55
60
65
70
75
80
85
90
95
100
Tempoh Bulan
1
3
6
9
10
15
18
21
24
27
30
33
36
39
42
45
48
51
54
57
60
Engine Oil
G
G
G
G
G
G
G
G
G
G
G
G
G
G
G
G
G
G
G
G
G
Oil Filter
G
G
G
G
G
G
G
G
G
G
G
G
G
G
G
G
G
G
G
G
G
Transmission Oil/ Automatic






G





G





G


Auto Transmission Filter






G





G





G


Spark Plug


G

G

G

G

G

G

G

G

G

G
Air Filter




G



G



G



G



G
Fuel Filter






G





G





G


Tune-up Engine
P
P
P
P
P
P
P
P
P
P
P
P
P
P
P
P
P
P
P
P
P
Valve Tappet Clearance


P

P

P

P

P

P

P

P

P

P
Radiator Coolant
B
B
B
B
G
B
B
B
G
B
B
B
G
B
B
B
G
B
B
B
G
Timing Belt & Bearing












G








Balancer Belt & Bearing












G








Belt-A/Cond, P/Steering & Alternator
P
P
P
P
P
P
P
P
G
P
P
P
P
P
P
P
G
P
P
P
P
Battery Electrolyte Level
P
P
P
P
P
P
P
P
P
P
P
P
P
P
P
P
P
P
P
P
P
Fluid- Brake, Clutch & P/Steering
P
P
P
P
P
P
G
P
P
P
P
P
G
P
P
P
P
P
G
P
P
Clutch Pedal/ Bearing Free Play
P
P
P
P
P
P
P
P
P
P
P
P
P
P
P
P
P
P
P
P
P
Brake Pedal Free Play
P
P
P
P
P
P
P
P
P
P
P
P
P
P
P
P
P
P
P
P
P
Hand Brake Travel
P
P
P
P
P
P
P
P
P
P
P
P
P
P
P
P
P
P
P
P
P
Brake Pad & Brake Shoe


S

S

S

S

S

S

S

S

S

S
Suspension & Undercarriage Bolt
K

K

K

K

K

K

K

K

K

K

K
Steering Linkage & Joint


P

P

P

P

P

P

P

P

P

P
Driveshaft & Bellow


P

P

P

P

P

P

P

P

P

P
Tie Rod End & Bellow


P

P

P

P

P

P

P

P

P

P
Suspension ARM Ball Joint


P

P

P

P

P

P

P

P

P

P
Air Conditioner System






S





S





S


G
Ganti
A
Adjust
S
Servis
B
pembersihan
K
Ketatkan
P
Pemeriksaan































Kegagalan mematuhi tempoh masa servis akan mengundang kepada pelbagai masalah pada kenderaan. Ini akan menyebabkan kenderaan mengalami pelbagai masalah semasa beroperasi. Jika tidak dirawat masalah akan bertambah parah menyebabkan enjin perlu menjalani proses servis yang berat. Antara kesan yang akan terjadi apabila kita mengabaikan servis berkala pada enjin :


1)      Minyak enjin akan menjadi kurang likat
a)      Ini akan menjejaskan suhu daalm enjin.
b)      Minyak akan menjadi bahan hakisan yang akan menyebabkan gelang omboh patah.
c)      Enjin akan terasa berat dan kurang kecekapan.

2)      Akan mengalami kebocoran pada enjin.
i)        Ini akan mengakibatkan minyak dan air bercampur dalam enjin.
ii)       Enjin menjadi berat dan kurang kecekapan.
iii)     Penggunaan bahanapi juga akan meningkat.

3)      Akan mengeluarkan bunyi kasar pada enjin.
4)      Kehilangan minyak enjin.
i)        Gelang omboh patah.
ii)       Minyak enjin masuk dalam sistem pembakaan

Daripada masalah-masalah diatas, jika tidak dirawat dengan betul maka  akan menggundang masalah yang lagi parah. 
Terutama jika anda memiliki ini:
peh.???!! menagis kot nak overhaul die.. 16 selinder tuh.??!!