Ok siapa SOYA BEAN...?
Antara persoalan yang akan ditanya.??
- ‘ ko nie ad kena mengenakan mr bean kew.?
- ‘ko nie mesti suke soya bean nyerw ayer kan??
- ‘orang panggil ko nut.. soya bean tuh kacang gak.. sbb tuh eh.??
- ‘ko mesti nak promote ayer soya bean btl x.??
- ‘soya bean satu.??!!
Jangan la nak mengarut mcm tuh sekali…
Firstly :aku xde r suke aye soya tuh… melainkan soya panaz…
Secondly :aku buat aye soya pun xtau mcm mne nak promote pulaq..
Thirdly :mengenai mr. bean tuh ad la sikit.. tang hidung same la..
(hehehe.. gelak guleng2 J)
Ok sebab ramai yang nak tahu…
Ini membuatkan aku nak cite…
Bukanlah cerite yang gembira tuh..
Cerite sedey…
Cerita Cinta Soya dan Bean
Al- Kisah…
Aku dah pernah cite kisah ni kat dalam link yang ni..
Semasa malam kebudayaan itu, selesai solat terawih kami berkumpul buat kali terakhir sebelum acara dimulai. Kami berkumpul dikhemah dewan makan. Saat itu aku hanya mampu merenung dia. Ketika itu aku mengibas saat pertama aku melihat dia. Saat cahaya lusuh menyeluh pada dia. Seperti bidadari turun dari kayangan.
Ketika itu semua orang sibuk dengan kostum mereka. Aku pula perlu menunggu untuk kostumku, “apalah yang abang Amy ni nak buat kat aku. Kostum pengantin perempuan? Pakai gaun ke nanti? Tidak mungkin, mustahil.” Bisikku dalam hati. Sambil aku melihat sidia yang telah pun dikerjakan oleh Abang Amy. Aku tidak pasti samaada mataku yang telah rosak atau memang aku sudah gilaq. Gilaq bayang. Dia kelihatan sangat kacak walaupun pakai terompah, kain batik, seluar trek suits, baju melayu stail pak pander, (hahahaha.. gelak guling2 J) dengan songkok gayung.. memang pekena habis la. Selesai memakaikan pakaian pengatin lelaki, tiba giliran aku pulaq. “Matilah.”
Tibalah saat ‘kami bersanding’(hehehe) masa tu Abang Amy banyak sangat cakap tetapi satu pun aku tak dengar aku memandang kaku pada Shahrul. Sharul membalas pandanganku. Muka dia nampak sangat sedang mengetawakan aku dalam hati. Geramnya, berat, malu, tetapi pelik ada rasa suka, gembira.
“adik nanti kau naik pentas senyum, jalan silang p*ki sikit mcm model,
Pengantin lelaki ni pegangla tangan dia. Ados itu pun nak kena ajar ke.?” Abang Amy membebel.
Masa itu aku terus menarik tangan dia bersilang dengan tanganku. Lantas kami pun melangkahkan kaki terus kepentas untuk acara memperagakan pakaian yang Orang Gilaq, ‘dijemput pengantin Gilaq Mr. Bean dan Mrs. Soya.’
So…..
Dari situlah soya bean tuh wujud… sekian..
……….
Alah nak tau ke ape yang terjadi seterusnya.?
Ok2… nak tau skoll la kebawah.. klo xnak pangkah je kat atas tuh,,
Turunlah kami dari pentas, terus kebelakang. Bila dah berada dibelakang punya la setan punya setan, Abang amy dan kawan-kawan dia hilang. Tinggal aku dah Shahrul. Aku pun terkial2 membuka ‘baju pengatin’ yang sarat dengan bunga, pasu bunga segala bagaila kat diri aku ni. Dalam keadaan terkial2 tu. Ada sepasang mata yang sedang melihat aku dengan muka selamba. Dia pun terus mengambil pasu bunga atas kepalaku, ( jangan la over sangat pk pasu bunga yang mcm pasu kat kepala aku, alah yang 4 segi yang orang buat gantung tu la. Yang jaring tuh. Lantaklah nak pk y mcm mne.. sambung) Kemudian dia menolongku membuka kain langsir yang berat meliliti tubuhku. Dengan jarum yang banyak menusuk kain lansir itu, bersusah payah dia membantu aku. Saat itu mata bertentangan. Tidak sanggup aku melupakan kenangan yang terindah bersama dia. Walaupun diam seribu bahasa. Suasana sejuk menikam tulang hitam. Namun itu la saat aku jatuh cinta pada dia. Saat aku rasa dialah untukku.
Selesai membuka pakaian gilaq tu, dia pun membuka pakaian gilaq dia. Dalam diam sebenarnya kami telah disekodeng oleh abang Amy. Rupanya dia sengaja membiarkan babak percintaan kami malam itu. Aku dan dia memang sudah lama diperhatikan oleh abang Amy kerana sering bercanggah pendapat. Jadi abang Amy sengaja menjodohkan kami malam itu.
Jika diberi peluang, untuk memilih kenangan mana yang aku ingin hidup semula. Adalah saat aku bertemumu. Kehilanganmu amatlah aku rasai. Aku rasa sangat terkilan. Jika diberi peluang untukku undurkan putaran dunia. Aku harap tidak berjumpamu. Tidak memilih cinta seawal usiaku. Kenapa kau begitu membuat duniaku penuh warna. Setiap hari raya aku impikan kehadiranmu. Ini adalah tahun ketiga. Kehilanganmu amat la aku rasai. Kehadiranmu dirumahku amatlah aku nantikan. Terinagat kali pertama kau datang aku masakkan nasi goreng cina,satay goreng dan kuah kacang. Kau tak pernah makan satay goreng. Untung kau datang rumahku.
(hahahha)
Kali kedua, kau datang mase open house, masa tuh aku hidangkan laksa kedah. Kau kerah adik aku layan kau. Sebabnya aku tak layan kau. Kau kecik hati. Masa tu mama melihat kau. Mama cakap ‘xhensem pun. Idung dah la jambu’ kecik hati aku.. xpe xheran pun janji aku sayang ko. Masa tuh aku bertukar gamba dengan ko.
Kali ketiga kau datang open house gak. Tapi sekejab je. Tu pun sebab kau xnak aku pakse ko jumpe yang bapak aku. Takut sangat. Macam la bapak aku makan olang… hahaha..
Pekenalan kita hanya untuk 3 tahun. Tidak banyak kenangan yang kita ciptakan. Tetapi dengan kenangan itu, aku mahu kau tahu. AKU AMAT MENGHARGAINYA. Moga kau hidup dalam setiap nukilanku. Cerita Cintaku Bermula dengan Shahrulnizam Othman. Tetapi berakhir dengan mr.Somebody. siapa dia.?? Insyallah akan diberitahu nanti. Jika sudah tersirat jodohku dengan dia. Aku pasti dia akan sangat jelez gan Shahrul. Tetapi percayalah hanya Cinta Shahrul sahaja dalam kenangan. Cinta Sejati Nadziratul Zulaikha Abadi untuk sang Suami.
“Jangan risau untuk menyelami hatiku, kerana aku akan memandumu kedasarnya jika kamu ikhlas menerimaku.”
Salam manis dari Loving Soya Bean.
No comments:
Post a Comment